Misha Omar | Dengar Lagu Best Online

 Misha Omar - Samiha @ Aisah binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 5 trofi Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & sebuah trofi Festival Filem Malaysia & Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000an.

Beliau juga antara segelintir artis yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003. Misha pernah dua kali dicalonkan di MTV Asia Awards serta terpilih membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009. Beliau juga adalah antara artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman Youtube serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman i-Tunes. Sumber



Tag: Misha Omar, dengar lagu best Hit Terkini, web Misha Omar, download Misha Omar, lagu baru Hit Terkini, lagu melayu Hit Terkini, lagu malaysia Hit Terkini, lagu lagu baru, dengar lagu best online Hit Terkini, mp3 Hit Terkini download, muat turun lagu terbaru Hit Terkini, music online Hit Terkini, lagu artis malaysia Hit Terkini, koleksi lagu terbaik Hit Terkini, download lagu terbaru Hit Terkini, Hit Terkini Online, Music Video Hit Terkini, Video Muzik Hit Terkini, lirik Misha Omar, mp3 Misha Omar.
Share on Google Plus

About zaidizek

0 comments:

Post a Comment