Wings - The Best of Wings

Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1985 di Kuala LumpurMalaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar Kedua), Zul (Bass) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini.

Kini anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi sukaduka bersama Wings.


Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album kompilasi, live dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).

Pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk membentuk 5 orang anggota kumpulan ini. Sources - wikipedia.org


Tonton Video Muzik The Best Of Wings

Share on Google Plus

About zaidizek

0 comments:

Post a Comment