Kumpulan Spring | Dengar Lagu Best Kumpulan Spring Online

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987. Nama kumpulan yang berasal dari Terengganu ini mula berada di puncak apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgeinvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 buah studio album dan beberapa buah kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhan dan menjadi salah satu dari artis Malaysia dengan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ~ Sumber: Wikipedia





Share on Google Plus

About zaidizek

0 comments:

Post a Comment