Dayang Nurfaizah | Dengar Lagu Best Online



Dayang Nurfaizah - Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau lebih dikenali sebagai Dayang Nurfaizah adalah seorang penyanyi wanita antara yang paling berpengaruh pada dekad 2000an di Malaysia. Memulakan karier pada usia 18 tahun, Dayang sudahpun mencapai status terbaik di dalam arena seni suara dengan menghasilkan 7 buah album studio dan meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara.

Dilahirkan di Kuching, Sarawak. Bakat besar yang dimiliki penyanyi kelahiran Sarawak ini sudah pun dikesan sejak kecil lagi dimana beliau telah berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak dari sekolah rendah. Di zaman persekolahannya, Dayang sememangnya terkenal sebagai penyanyi undangan pada setiap majlis sekolah diadakan sehingga namanya begitu popular. Dengan kebolehan luar biasa menyanyikan lagu-lagu asli Melayu serta lagu bergenre R&B, Dayang mula mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian di negerinya sendiri antaranya memenangi Bintang Asli Remaja 1996 dan ke peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Remaja Sarawak 1996 dan akhirnya muncul juara dalam edisi 1997. Bertitik tolak daripada itu beliau memberanikan diri untuk keluar dari Kuching dan menyertai pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia iaitu Golden Teen Search 1997 di Kuala Lumpur. Pertandingan bakat nyanyian lagu-lagu Bahasa Inggeris ini ternyata mengakui kehebatan dayang hingga meraih gelaran juara ketika beliau baru berusia 17 tahun.
Sumber



Tag:Dayang Nurfaizah, dengar lagu best Hit Terkini, web Dayang Nurfaizah, download Dayang Nurfaizah, lagu baru Hit Terkini, lagu melayu Hit Terkini, lagu malaysia Hit Terkini, lagu lagu baru, dengar lagu best online Hit Terkini, mp3 Hit Terkini download, muat turun lagu terbaru Hit Terkini, music online Hit Terkini, lagu artis malaysia Hit Terkini, koleksi lagu terbaik Hit Terkini, download lagu terbaru Hit Terkini, Hit Terkini Online, Music Video Hit Terkini, Video Muzik Hit Terkini, lirik Dayang Nurfaizah, mp3 Dayang Nurfaizah.
Share on Google Plus

About zaidizek

0 comments:

Post a Comment