Primadona Saloma | Dengar Lagu Primadona Saloma Online


Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail, AMN atau lebih dikenali sebagai Primadona Saloma (22 Januari 1935 - 25 April 1983) merupakan seorang penyanyi Singapura-Malaysia dan bintang filem yang popular dari tahun lewat 1950-an hingga awal 1980-an. Beliau dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan adik kepada seniwati Mariani dan Mimi Loma. Saloma merupakan isteri ketiga kepada pengarah, penerbit, pelakon filem, komposer dan produser Tan Sri Datuk Amar P.Ramlee. Pada permulaannya, Saloma hanya terkenal akan nyanyiannya menerusi filem-filem yang diterbitkan pada tahun 50'an, namun menerusi filem Azimat (1958) dan Kaki Kuda (1958) Saloma mula bergiat dalam bidang lakonan. Sejak itu, Saloma mula berlakon dalam pelbagai filem antaranya ialah Seniman Bujang Lapok (1961), Ragam P. Ramlee (1964) dan Ahmad Albab (1968). ~ Sumber: Wikipedia




Share on Google Plus

About zaidizek

0 comments:

Post a Comment